Kepentingan Keusahawanan
Keusahawanan adalah penting di
dalam dunia hari ini. Ia menjadi pemangkin kepada perubahan dan perkembangan
ekonomi. Peranan keusahawanan di dalam pembangunan ekonomi bukan setakat
meningkatkan kadar per kapita pengeluaran dan pendapatan. Ia juga melibatkan
perubahan kepada struktur perniagaan dan masyarakat. Perubahan ini disertai oleh pertumbuhan dan peningkatan
pengeluaran. Satu teori pertumbuhan ekonomi menggambarkan inovasi(pembaharuan)
adalah kunci utama kepada perkembangan ekonomi di dalam membina produk atau
perkhidmatan baru di dalam pasaran.
Aktiviti
pembaharuan (inovasi) juga menjadi pendorong para pemodal (pelabur) untuk
melabur di dalam peluang baru yang dicipta. Keusahawanan melalui proses
pembaharuan (inovasi) mencipta pelaburan baru di dalam dunia perniagaan, di
mana ia akan menyebabkan ekonomi berkembang, pekerjaan baru tercipta dan
mengurangkan kadar pengangguran.
RINGKASANNYA:
- · Menjadi pemangkin kepada perubahan dan perkembangan ekonomi.
- · Mmeningkatkan kadar per kapita pengeluaran dan pendapatan
- · Melibatkan perubahan kepada struktur perniagaan dan masyarakat. Perubahan ini disertai oleh pertumbuhan dan peningkatan pengeluaran.
- · Aktiviti pembaharuan (inovasi) juga menjadi pendorong para pemodal (pelabur) untuk melabur di dalam peluang baru yang dicipta.
- · Melalui proses pembaharuan (inovasi) mencipta pelaburan baru di dalam dunia perniagaan, di mana ia akan menyebabkan ekonomi berkembang, pekerjaan baru tercipta dan mengurangkan kadar pengangguran.
- · Melalui proses kreativiti dan innovasi mencipta produk baru dan memberikan perkhidmatan untuk memenuhi kehendak manusia. Ia menyediakan produk atau perkhidmatan yang diperlukan oleh pengguna. Di dalam menghasilkan produk dan perkhidmatan yang baik, mereka akan mencari kaedah yang lebih baik untuk memaksimakan sumber dan mengurangkan pembaziran. Dengan ini, masyarakat akan mendapat produk (barangan) dan perkhidmatan yang lebih baik pada harga yang lebih murah.
- · Membantu memperbaiki kehidupan berjuta-juta manusia melalui produk dan perkhidmatan baru yang diperkenalkan kepada pasaran.
- · Individu yang bukan sahaja mencipta kekayaan tetapi turut sama mendorong pembahagian kekayaan.
0 comments: