Tan Sri Azman Hashim

By | 3/23/2015 06:50:00 am Leave a Comment












Usahawan Perbankan Elektronik (AmBank)

Tan Sri Azman Hashim adalah Pengerusi Kumpulan AmBank.

Latar belakang diri

Beliau adalah anak jati Kampung Baru, Kuala Lumpur dilahirkan pada tahun 1939 dan berpendidikan dalam bidang akauntan. Beliau juga merupakan seorang anak kepada seorang guru pada ketika itu. Dan pada masa kini beliau merupakan orang melayu No 2 terkaya di Malaysia dengan aset yang dimiliki sebanyak kira-kira RM3.11bilion atau AS$865juta.

Kerjaya dalam bidang perbankan

Beliau berpengalaman luas dalam industri perbankan dan mula terlibat dalam sektor perbankan sejak 1960 apabila beliau kembali dari Australia sebagai akauntan berkanun. Tan Sri Azman memulakan kerjayanya dalam sektor perbankan di Bank Negara Malaysia.

Selepas beberapa tahun bekerja di Bank Negara Malaysia, Tan Sri Azman meletakkan jawatan pada tahun 1964 bagi memulakan firma perakaunannya sendiri, iaitu Azman, Wong, Salleh & Co. Dua tahun kemudian, beliau menjadi Pengarah Malayan Banking Berhad (Maybank) dan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Maybank dari tahun 1971 hingga 1980.

Seterusnya, Tan Sri Azman dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif Kwong Yik Bank yang kini dikenali sebagai RHB Bank Berhad selama dua tahun, dari tahun 1980 hingga 1982. Pada tahun 1982, beliau membeli Arab - Malaysian Merchant Bank yang kini dikenali sebagai AmBank dari usahawan Arab, iaitu Hussain Najadi. Hussain mengasaskan bank itu pada tahun 1975 bagi membawa masuk pelaburan dari negara - negara Arab ke Malaysia. Selepas pembelian itu, Tan Sri Azman dilantik sebagai pengerusinya.

Kejayaan

Banyak bank yang terjejas akibat krisis itu. Tetapi, lain pula dengan Tan Sri Azman. Selepas krisis ekonomi asia 1997 / 98, Tan Sri Azman bukan sahaja berjaya mengekalkan kedudukannya dalam Kumpulan Perbankan AmBank, malah berjaya menambahkan lagi penguasaannya dalam industri perbankan dengan penggabungan MBF Finance dengan anak syarikat Kumpulan Perbankan AmBank, iaitu Arab - Malaysian Finance Berhad.

Anugerah
Lebih membanggakan beliau adalah apabila menerima anugerah. Tan Sri Azman pernah menerima banyak anugerah. Antaranya ialah anugerah Doktor Kehormat oleh Universiti Utara Malaysia pada tahun 1990. Pada tahun 1985, Tan Sri Azman dinamakan sebagai Pengurus Bank Terbaik Asia oleh majalah Asian Finance.
Newer Post Older Post Home

0 comments: