Antara Ciri ciri usahawan dibawah terdapat 5 sahaja.
mungkin banyak lagi boleh kita keluarkan tetapi ini sebahagian sahaja.
1.Orentasi
Peluang (kesempatan) – Opportunity Orientation
Fokus
usahawan dan mula merebut peluang tidak bergantung kepada kajian, struktur atau
strategi. Mereka bermula dengan peluang yang ada dan membiarkan kefahaman
mereka menjadi panduan ke atas isu-isu yang penting. Usahawan mempunyai
kebijaksanaan di dalam mencari peluang yang ada. Di dalam mencari peluang
perniagaan baru, usahawan melihat peristiwa atau kejadian sama seperti orang
lain, tetapi hasilnya atau penilaian terhadap peristiwa tersebut adalah
berlainan. Usahawan bukan sahaja berkebolehan mencari peluang yang ada tetapi
mempunyai kebolehan untuk meraih peluang tersebut.
2. Inisiatif
dan bertanggungjawab
Kebanyakan
para pengkaji bersetuju keberkesanan aktiviti usahawan adalah dengan mencari
dan mengambil inisiatif. Golongan ini sanggup meletakkan diri mereka sebagai
orang yang bertanggungjawab di dalam sesuatu operasi tidak kira sama ada
berjaya atau gagal. Usahawan adalah seorang yang bertanggungjawab terhadap apa
yang akan berlaku. Mereka mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah di
mana tidak ada pemimpin lain yang sanggup mengambilnya.
3. Menuju ke arah Kejayaan (Drive to Achieve)
Kejayaan merupakan motivasi utama untuk seseorang
usahawan. Apabila usahawan memulakan sesuatu, beliau mempunyai semangat untuk
menyelesaikannya, mengunggulinya dan mengejar serta mencapai cita-cita yang
mencabar. Satu fahaman yang sering disalahertikan mengenai usahawan adalah
“wang menjadi satu keinginan yang kuat”. Kepada usahawan, wang hanya sekadar
menunjukkan kejayaan yang mereka kecapi dan wang bukan merupakan pemacu
motivasi kepada usahawan.
4. Berdikari & fleksibel
Usahawan
adalah seorang yang berdikari. Mereka suka menyelesaikan sesuatu tugas mengikut
cara mereka. Ini tidak bermakna usahawan mesti membuat semua keputusan. Mereka
mahu mempunyai kuasa (hak) untuk membuat keputusan yang penting. Selain itu, Usahawan
tidak tegas terhadap perniagaan (pelaburan) mereka. Mereka amat fleksibel dan
berkebolehan untuk menukar cara mereka mengikut kehendak pelanggan dan suasana
perniagaan. Dengan ekonomi dunia yang sering berubah, sikap tegas(ketegasan)
seringkali membawa kepada kegagalan.
5. Kemahiran Mengatur (Skilled at Organising)
5. Kemahiran Mengatur (Skilled at Organising)
Membina
perniagaan dari permulaan bukannya perkara yang mudah. Oleh itu, usahawan
berkebolehan memilih dan mengumpul para pekerja seperti yang dikehendaki untuk
menjayakan tugas tersebut. Usahawan berkebolehan untuk mengurus sumber mereka
secara berkesan untuk menukarkan visi menjadi realiti.
6. Mengambil Risiko Secara Sederhana (Moderate Risk
Taker)
Usahawan bukanlah seorang yang sanggup mengambil
risiko secara membabi buta; segala risiko yang bakal dihadapi telah diambil
kira. Apabila seorang usahawan melibatkan diri didalam sesuatu pelaburan, semua
perkiraan telah diambil kira demi untuk mengelakkan usahawan tersebut
menanggung risiko yang tidak sepatutnya.
0 comments: