MEMUPUK BUDAYA KEUSAHAWANAN
Definisi Budaya Keusahawanan
Budaya adalah corak perilaku harian yang diamalkan
oleh individu ataupun kumpulan individu di dalam menguruskan hal-hal kehidupan
mereka. Budaya yang murni selalunya mempengaruhi corak perilaku individu kearah
yang dikehendaki dan diterima oleh kumpulan masyarakat setempat. Keusahawanan
merangkumi sikap, pengetahuandan kemahiran yang cenderung ke arah aktiviti
perniagaan. Maka budaya keusahawanan bolehlah didefinisikan sebagai corak
perilaku individu dan kumpulan individudalam sebuah masyarakat, yang cenderung
ke arah melakukan kegiatan-kegiatan yangberkaitan dengan perniagaan.
Aspek Pembudayaan Keusahawanan
Pembudayaan keusahawanan adalah merupakan proses
pembangunan sikap dan personaliti usahawan agar cintakan kejayaan dan
kecemerlangan dalam setiap usaha yang dilakukan. Melalui proses pembudayaan ini
membolehkan usahawan bertindak selaras dengan tuntutan moral, etika dan akhlak
agar kesan daripada aktiviti yang dilakukan akan mendatangkan kesejahteraan
kepada diri sendiri dan masyarakat pada masakini atau akan datang.Diantara
perkara-perkara yang perlu diberikan penumpuan dalam membangunkan budaya
keusahawanan adalah:-
1)
Mengawal halatuju
masing-masing
Setiap perniagaan yang diceburi oleh usahawan akan
sentiasa mengalami ketidakstabilan, perubahan dan terdedah kepada ancaman
dalaman atau luaran. Keadaan ini memerlukan usahawan menyelia, melaksana dan
mengawal halatuju perniagaan yang diceburi agar terus berkembang . Halatuju
perniagaan yang jelas akan membolehkan usahawan menyusun strategi untuk terus
memajukan perniagaan. Usahawan perlu mempunyai pemikiran yang mampu memfokus
kepada masa depan dengan merancang strategi-strategi yang paling sesuai bagi
memajukan perniagaannya.
2)
Memaksimumkan potensi
diri
Usahawan tidak boleh berpuashati dengan apa yang
dicapai setakat hari ini sahaja. Mereka perlu meneruskan dan memaksimumkan
usaha, kemahiran dan kemampuan diri bagi menjamin kelangsungan perniagaan yang
diceburi. Mereka perlu sentiasa membuat analisis pemasaran produk, kekuatan
pesaing dan melihat permasalahan, peluang seta sebarang perubahan secara
holistik. Selain itu mereka mesti sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan
sebarang risiko dan juga ketidakpastian serta tahu tentang strategi dan taktik
untuk menangani nya dan menjadikan sesuatu risiko dan ancaman itu sebagai satu
peluang yang boleh menguntungkan.
3)
Kesediaan untuk
merebut peluang
Peluang-peluang perniagaan perlu dicari, dikenalpasti
dan dieksploitasi sendiri oleh usahawan. Oleh itu seseorang usahawan itu perlulah memaksimumkan kekuatan daya berfikir dengan mencari jalan
penyelesaian sebarang masalah yang dihadapi oleh masyarakat dan
mengeksploitasikannya dengan menjadikan masalah-masalah tersebut sebagai
peluang perniagaan. Justeru itu usahawan perlulah meningkatkan pengetahuan
dengan mengambil manfaat daripada pergaulan hariannya, memberikan perhatian
terhadap pendapat-pendapat pekerja, pelanggan atau pesaing, meningkatkan
pembacaan dan mengenalpasti kemahiran, kebolehan dan potensi yang ada padadiri
sendiri.
0 comments: