Kisah Pocari Sweat

By | 3/31/2015 08:11:00 am Leave a Comment
Sejarah Penciptaan/Kewujudan Pocari Sweat 


Video Kisah Pocari Sweat

Gambar orang-orang penting dalam perusahaan POCARI SWEAT



 

Di makmal Otsuka Pharmaceutical yang terletak di Tokushima Jepun, Masahito Otsuka (Presiden Direktur Otsuka Pharmaceutical ke-2) telah mencipta beberapa produk terkenal seperti ubat Oronine H atau minuman Oronamin C, sehingga perusahaan menjadi sangat maju.

Pada tahun 1973, Akihiko Otsuka (35th,anak dari Masahito Otsuka) yang pada saat itu memegang jawatan sebagai ketua makmal Tokushima juga berkeinginan untuk mencipta produk yang dapat menjadi keutamaan perusahaan seperti yang telah dilakukan ayahnya.

Suatu hari, Rokuro Harima (44th, Penanggungjawab pengembangan minuman) dengan membawa cairan produk campuran Otsuka Pharmaceutical, bertemu Akihiko dan mengusulkan agar cairan campuran yang dibawanya itu dijadikan minuman. Akihiko terfikir sejenak. Kemudian Harima menceritakan kisahnya mengapa dia mengusulkan agar cairan campuran dijadikan minuman.
******

“Harima melawat ke negara Mexico untuk melihat buah – buahan tropis dalam rangka pengembangan minuman terbaru. Tetapi Harima mengalami cirit birit yang parah, karena situasi air bersih dikawasan itu tidak bersih. Dia terpaksa di masukkan di sebuah hospital kecil yang kemudahannya terhad. Kalau saja ada kemudahan di rumah sakit itu, masalahnya sudah selesai. Harima yang berpikiran seperti itu, tiba – tiba teringat kembali sebuah peristiwa. Harima pernah melihat seorang doktar meminum cairan campuran untuk menggantikan cairan tubuh yang hilang setelah bekerja berjam – jam. Kemudian Harima berpikiran bahawa Otsuka Pharmaceutical boleh mengembangkan cairan campuran ini yang di keluarkan oleh Otsuka Pharmaceutical agar dapat diminum.”
******
Setelah Harima menceritakan kisahnya tersebut, Akihiko berpendapat bahawa pada masa itu belum merupakan waktu yang tepat untuk mengembangkan produk seperti yang diceritakan Harima.
Tiga tahun kemudian (1976), Akihiko menjadi Presiden Direktur Otsuka Pharmaceutical yang ke-3 pada usia 38 tahun. Suatu hari Harima betemu Akihiko dengan membawa seorang staf. Staf itu adalah Akihisa Takaichi (33th, Seorang peneliti muda). Akihiko memanggil mereka berdua agar Harima & Takaichi mengembangkan cairan campuran yang pernah Harima ceritakan. Akihiko berkeinginan untuk mencipta minuman kesihatan yang kandungannya sama dengan peluh sehingga menambah elektrolit. Kemudian konsep rasa telah pun disampaikan secara jelas, agar bila orang meminumnya ia terasa sedap.

Setelah selesai bertemu Akihiko, Harima menyerahkan semua tugas pengembangan minuman kesihatan tersebut kepada Takaichi agar dapat membina peneliti muda tersebut agar dapat memikul masa depan perusahaan.


Kemudian untuk memahami berpeluh itu apa, Takaichi pergi ke sebuah sauna dan berjalan – jalan disekitar perusahaan untuk mengambil contoh peluh. Takaichi mengadakan analisis tentang kandungan dua contoh peluh tersebut. Takaichi ingin memeriksa tumpuan Ion Natrium (kadar garam) yang menjadi sebab masinnya peluh. Hasilnya, nilai tumpuan kadar garam contoh peluh di sauna jauh lebih tinggi dibandingkan nilai tumpuan peluh ketika berjalan – jalan. Sedangkan minuman yang ingin dicipta adalah  minuman untuk menambah kadar air tubuh dalam kehidupan sehari – hari. Oleh karena itu, Takaichi mengambil penanda aras pada peluh tumpuan dengan tumpuan kadar garam yang rendah.

Takaichi terus sahaja membuat minuman ujian, dengan keadaan yang sama mengikuti keandungan peluh saat berjalan – jalan. Minuman itu lalu dibawa ke Harima untuk di rasakan. Tetapi Harima beranggapan bahawa minuman yang dibuat Takaichi tersebut pahit dan sangat sukar untuk ditelan. Sebagai pakar rasa, Harima boleh menentukan minuman itu diterima atau tidak.

Dari pagi hingga malam, masalah tidak pernah terlepas dari pikiran Takaichi. Pada hari cuti pun, Takaichi melakukan penelitian. Dan akhirnya terlintas idea dengan menambah zat pemanis semulajadi untuk menghilangkan rasa pahitnya. Harima pun merasakan minuman tersebut, dan mengatakan bahwa rasanya masih terlalu manis dan keseimbangan rasanya tidak tepat. Kadar gulanya pun perlu dibawah 10%. Takaichi pun kembali melakukan ujian demi ujian. Dalam ujiannya, Takaichi mengalami kemunduran prestasi.

Hampir 3 tahun berlalu, sejak pengembangan minuman dimulakan (bulan Mei 1979), Harima & Takaichi bertemu Akihiko. Akihiko melakukan ujian dalam merasakan minuman yang dibuat Takaichi. Akihiko juga berpendapat bahawa minuman tersebut masih terasa pahit. Ketika itu juga, seorang penulis masuk ke kawasan Akihiko. Dia ingin Akihiko menguji minuman serbuk segera perasa jeruk yang sedang dikembangkannya. Akihiko berpendapat bahawa minuman tersebut masih jauh dari sempurna.

Kemudian, Akihiko, melakukan ujian lagi dengan mencampurkan kedua minuman tersebut menjadi satu. Dan Akihiko mengatakan bahawa minuman yang seperti itulah yang sedap untuk diminum. Berkat apa yang dilakukan Akihiko, pengembangan minuman kesihatan maju satu langkah dihadapan.
******

Suatu malam, Takaichi membeli beberapa jenis jeruk dan mencampurnya dengan minuman kesihatan, lalu dia cuba meminumnya. Dan akhirnya, Takaichi mendapatkan rasa yang sedap dengan salah satu jenis jeruk untuk melindungi rasa pahit. Jenis buah tersebut merupakan rahsia perusahaan Otsuka Pharmaceutical sehingga sekarang.

Takaichi semakin focus pada ujiannya, hingga akhirnya berjaya membuat minuman dengan penumpuan kadar gula dibawah 10%. Takaichi menyediakan 2 jenis minuman untuk uji pada tahap akhir, masing – masing 6.2% dan 7.0%. Untuk memperoleh tanggapan yang objektif, Harima menyuruh peneliti lain untuk turut merasakan. Beberapa dari peneliti – peneliti tersebut beranggapan bahwa yang kadar gula 7% lebih enak untuk diminum.  Para peneliti menyukai yang manis secara kesuluruhannya. Namun Harima, punya suatu idea.

Beberapa hari kemudian, setelah ujian di makmal, Harima mengajak peneliti bawahannya untuk mendaki gunung dalam bandar Tokushima. Apabila tiba di puncak gunung, Harima menyuruh para peneliti untuk mencuba dua jenis minuman A (kadar gula 7%) & B (kadar gula 6.2%). Sebenarnya minuman ini sama dengan minuman yang dicuba di makmal beberapa hari lepas. Para peneliti lebih menyukai minuman B. Saat berpeluh yang kadar gulanya rasa lebih sedikit serta lebih segar dan lebih sedap. Dan karena ianya minuman kesihatan, maka harus terasa sedap diminum ketika melakukan aktiviti. Maka, Harima pun membawa minuman dengan kadar gula 6.2% tersebut untuk dirasa oleh Akihiko. Dan Akihiko pun sependapat dengan Harima.

Lalu, suatu hari pada majlis pertemuan pengarah Otsuka Pharmaceutical, Akihiko menyuruh pengarah yang hadir untuk mencuba minuman kesihatan yang dikembangkan mereka bertiga bersama Harima dan Takaichi. Namun, pengarah senior yang mempertahankan Otsuka Pharmaceutical, dalam waktu yang panjang, memberi bertanggapan negatif terhadap rasa minuman itu. Kemudian, Akihiko menyuruh para pengarah untuk meminumnya setelah berpeluh agar mereka tahu hebatnya produk ini.
Yakin pada hasil dirinya dan Harima, Akihiko kemudian membuat keputusan untuk menjual minuman tersebut. Produk itu diberi nama POCARI SWEAT. Perkataan POCARI yang memiliki kesan menyegarkan, dan kata SWEAT yang memiliki erti peluh.
******

Pada bulan April 1980, memulakan penjualan POCARI SWEAT. Pengurus pemasaran dan pengurus lainya mengunjungi kedai - kedai runcit untuk disebarkan pada banyak tempat, walaupun masing – masing hanya 1 tin. Namun para pemilik kedai memberi tanggapan negatif POCARI SWEAT karena rasanya yang tidak sedap. Untuk mencuba menawarkan secara langsung kepada pelanggan, dibukalah kios dipelbagai tempat dan menjualnya dengan harga Rp. 10.000,00. Tetapi reaksi pelanggan yang meminum POCARI SWEAT sangat buruk.

Saat itu, Presiden pengarah Akihiko mengeluarkan keputusan yang mengejutkan iaitu memberi POCARI SWEAT secara percuma dan tidak terhad. Para staf pemasaran pun risau tentang jumlah kerugian yang bakal diperolehi perusahaan. Namun, Akihiko tetap pada keyakinannya, iaitu jangan memikirkan kerugiannya untuk saat ini dan merealisasikan konsep produk secara tepat daripada menjual produknya. Dengan demikian, pelanggan akan faham keunggulan POCARI SWEAT.

Pemberian POCARI SWEAT secara percuma dan besar – besaran pun dimulakan di seluruh Jepun. Tanaka (Ketua Team Pemasaran) pergi ke padang baseball budak-budak dan memberikan secara percuma POCARI SWEAT. Reaksi budak-budak pun positif. Tidak hanya memberikan secara percuma, namun Tanaka juga menjelaskan secara mendalam konsep POCARI SWEAT. Staf Pemasaran lainya, juga memberikan POCARI SWEAT pada orang yang baru lepas mandi dan orang – orang yang berpeluh ketika berjalan. Reaksi mereka pun mula menyukai POCARI SWEAT. Ketika itu juga, sedikit demi sedikit, POCARI SWEAT mula popular dan dikenali ramai.

Namun, kerugian yang dialami oleh perusahaan terus meningkat karena pemberian percuma POCARI SWEAT tersebut. Dengn keyakinannya yang kuat agar di masa akan datang perusahaanya mendapat keuntungan, dia tetap ingin memberikan secara percuma POCARI SWEAT sepanjang tahun tersebut. Akihiko berprinsip, “Kalau sekarang menanamkan benih, yakin akan berbuah banyak kali dikemudian hari”.


Satu tahun kemudian, pada tahun 1981, musim panas hampir tiba. Pada musim panas tahun kedua penjualan, tiba – tiba POCARI SWEAT mula laris dijual secara drastik. Denagn cara memberikan produk secara percuma, konsep dan rasa POCARI SWEAT telah difahami oleh para pelanggan. Dan hasilnya, berbuah pada musim panas tahun kedua. Penjualan POCARI SWEAT meningkat sebanyak 3x ganda dari tahun sebelumnya,iaitu mencapai Rp. 2.6 trilion.

Keyakinan Presiden Direktur Akihiko akhirnya berbuah dan Berjaya mengubah nasib perusahaannya yang mengalami kerugian besar pada permulaannya. Berkat usaha dan keyakinan mereka kini produk tersebut telah memecah dan menembusi pasaran dalam beberapa buah negara antarabangsa sehingga kini.

Newer Post Older Post Home

0 comments: