Tan Sri Mokhzani Mahathir

By | 3/12/2015 11:36:00 am Leave a Comment
SapuraKencana Petroleum

Tan Sri Mokhzani bin Tun Dr. Mahathir

Lahir pada tahun 1961, Merupakan anak kedua kepada bekas perdana menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad & Siti Hasmah Mohamad Ali.

Tan Sri Mokhzani mendapat ijazah Bachelor of Science in Petroleum Engineering di University of Tulsa, Oklahoma, U.S.A. Jadi melalui latar belakang pendidikan, sudah jelas beliau mahir dalam bidang petroleum. 

Beliau menubuhkan sebuah syarikat pelaburan bernama Kencana Capital Sdn Bhd yang berniaga dalam bidang Oil and Gas service provider,IT,automotif dan hartanah. 

Subsidiarinya syarikat Kencana Petroleum bergabung dengan syarikat SapuraCrest pada tahun 2012 menghasilkan SapuraKencana iaitu sebuah syarikat Oil and Gas Service Provider terbesar negara.
Kencana Petroleum merupakan sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan kejuruteraan dan fabrikasi industri minyak dan gas di peringkat tempatan dan antarabangsa, dengan memberi tumpuan khusus dalam perkhidmatan kejuruteraan peralatan pengeluaran fabrikasi, kejuruteraan modul fabrikasi, kejuruteraan sistem proses skid fabrikasi, kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan perkhidmatan pentauliahan (EPCC), perkhidmatan reka bentuk, perkhidmatan sokongan bekalan dan pengkhususan fabrikasi.

Selain itu,  Tan Sri Mokhzani juga memiliki syarikat Opcom Holding Berhad. sebuah syarikat menjalankan aktiviti pembuatan gentian fibre glass. Beliau adalah salah seorang orang melayu terkaya di Malaysia dengan kedudukan ke 5 dan asetnya sehingga kini bernilai RM2.52Bilion.

Beliau turut bekerja bersama-sama dengan rakan seperjuangan daripada zaman kanak-kanak sehingga sekrang iaitu Tan Sri Shahril Shamsuddin, iaitu turut salah seorang orang melayu terkaya di Malaysia menduduki tempat ke 3 dengan aset sebanyak RM 3.10Bilion.



Newer Post Home

0 comments: