Tip-Tip Usahawan
- Aliran Tunai
Yang
 paling penting untuk usahawan kecil adalah aliran tunai (cashflow). 
Pengurusan aliran tunai yang baik adalah bertujuan supaya anda mempunyai
 wang tunai yang cukup di tangan apabila anda memerlukannya.
Sediakan
 aliran tunai dan sentiasa kemaskini sekurang-kurangnya sebulan sekali. 
Ia membolehkan anda untuk menentukan keperluan tunai perniagaan anda 
dalam usaha untuk perniagaan terus berkembang maju.
- Modal – Mulakan Secara Kecil-kecilan.
Apabila
 memasuki pasaran baru atau mengeluarkan produk baru, ia adalah bijak 
untuk memulakan secara kecil- kecilan dan berkembang perlahan-lahan.
Ramai
 orang membuat kesilapan bermula dengan modal yang besar dan kemudian 
menyedari mereka perlu membuat pelarasan atau perubahan selepas beberapa
 percubaan dan kesilapan. Ianya merugikan anda.
- Fokus
Fokus
 pada satu perniagaan yang anda usahakan dan jadikan diri anda pakar dan
 tahu apa yang anda niagakan untuk menaikkan jenama anda sendiri.
Jangan
 tamak! Ia adalah satu sebab kenapa ramai usahawan yang kecundang kerana
 terlalu cepat fikir tentang keuntungan. Fikirkan keuntungan jangkamasa 
panjang.
- Bina Networking
Bina
 rangkaian network perniagaan anda sebelum anda memerlukannya. Hubungan 
dengan rakan-rakan perniagaan juga penting. Simpan rekod setiap orang 
yang anda jumpa.
Minta nasihat, 
bantuan dan sentiasa berhubung dengan mereka. Berkongsi idea dan 
pendapat dengan rakan perniagaan salah satu cara anda mengetahui lebih 
lagi tentang dunia perniagaan.
- Percaya Pada Diri Sendiri
Kepercayaan
 diri adalah perkara yang terbesar harus ada pada diri kita, dan ia 
adalah penting untuk berjaya. Kelilingi diri anda dengan usahawan serta 
orang-orang yang berilmu, berpegalaman dan pelajari tip-tip usahawan 
dari mereka.
Sentiasa yakin dan percaya dengan apa yang anda lakukan. Hasilnya, semua yang anda usahakan akan berbaloi.
Kepercayaan diri adalah jambatan antara impian dan impian itu akan menjadi kenyataan.
 
 

Seorang lelaki asnaf fakir miskin berasal dari Melaka. Sentiasa berada dalam keadaan daif dan hidup dalam serba kekurangan. Sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan wang secara ikhlas, boleh derma ke akaun maybank 151089317354 Adila Bin Suboh. Terima kasih.
ReplyDelete